Resepi Sedap

Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan (5-6 orang)

2 sudu besar petis/otak udang (shrimp paste)
1 sudu besar tepung jagung
2 keping gula Melaka
2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
4 sudu besar sos cili
Gula dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit.
  2. Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
  3. Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
  4. Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.
Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

43 Comments

  1. saya ambik sahaja resipi ini. bukannya buat pun kuahnya. saya nak ambik resipi ni letak dekat folio sivik sebernanya…

  2. Terime kasih yer tuk resepi sos yong tau foo nih…baru jer buat ni..Menjadi!!senang sgt buat kuah die dan sedappppp….tak payah nak beli kat pasar malam daa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close