Kuih-MuihResepi Sedap

Resepi Kuih Gulung (Ketayap)

Bahan-bahan (kulit) – 20 biji

300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan

Bahan-bahan (inti)

250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air

Cara-cara

  1. Untuk inti, panaskan air di dalam periuk. Masukkan gula Melaka dan cairkan.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga sekata.
  3. Untuk inti, boleh juga ganti gula Melaka dengan sirap dan gula untuk dapatkan inti berwarna merah.
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat. Biar sehingga masak. Terbalikkan (terlangkupkan) jika perlu.
  4. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  5. Siap untuk dihidangkan.

OM: Orang Terengganu panggil kuih ketayap ni kuih gulung. Terima kasih kepada Asyraaf Kadir (housemate) untuk gambar ni.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

12 Comments

  1. baru nak belajar buat kuih.
    slama ni p beli jer kat gerai…
    terima kasih sbb resepi Amir mudah…!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close