Kuih-MuihResepi Sedap

Resepi Kuih Koci

Bahan-bahan (10-12 biji)

Untuk doh
– 250 gram tepung pulut
– 1 1/2 cawan air

Untuk inti
– Kelapa parut
– 1 keping gula melaka
– 4 sudu besar gula
– 2 helai daun pandan
– 1/2 cawan air

Bahan-bahan lain
– Daun pisang, potong 5 inci x 5 inci.
– Minyak kelapa / masak
– 1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

1. Layur daun pisang di atas api hingga lembut.

2. Untuk inti:
– Potong gula melaka dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
– Masak sehingga gula melaka hancur.
– Masukkan daun pandan dan kelapa parut.
– Masak sehingga kering, kemudian sejukkan.

3. Untuk doh:
– Gaulkan tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit.
– Gaul sehingga doh menjadi lembut dan tak melekat pada bekas.

3. Untuk membuat kuih koci:
– Ambil sehelai daun pisang,
– Sapu minyak pada permukaan daun pisang itu.
– Ambil sejemput doh dan leperkan.
– Letak 1 sudu inti.
– Tutup inti dengan doh
– Letak 1 sudu santan pekat
– Lipat daun pisang ikut bentuk bantal atau piramid.
– Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus selama 15 minit.

Cara hidangan Poh MasterChef Australia

Sumber resepi:
1. Emak saya
2. Poh MasterChef Australia
3. Mat Gebu

OM: Ada banyak jenis kuih koci yang biasa orang buat. Ada kuih koci pulut hitam, kuih koci labu, kuih koci kacang hijau dan kuih koci santan.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

20 Comments

    1. Dalam proses nak menjadikan Oh Malaysia sebagai blog resepi. Akan datang, saya juga akan buat review tentang makanan2 yg best di restoran2 yang saya pergi. πŸ™‚

  1. Makcik kagum dgn keikhlasan Amir berkongsi resepi dgn pembaca. Sungguh mulia hati
    kamu nak. Makcik di London ni pun teruja untuk mencuba resepi anak. Tq

  2. kalau di terengganu, kuih yang mirip koci,namanya “baait”.pulut diluar dicampur dgn manisan(nnisang)dan santan.tapi inti di dalam lemak2 rasanya ,iaitu inti kacang hijau/kacang dhal.lebih sedap dari koci bagi saya.jadinya terbalik drp koci,inti manis tapi tepung pulut tak manis.dan baait memang dibungkus muncung spt ini.

  3. dlu2 mak saya ada buat kuih ni tp saya xsuka sgt ….skrg ni anak saya yg suka sgt makan koci labu,koci keledek n koci tepung pulut.klu bole hari2 ada kuih koci……..xpe lps ni ibu akan buat sendiri…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close