Kuih-MuihResepi Sedap

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan-bahan (2-3 bekas)

* Lapisan hijau
8 sudu besar tepung beras
650 mL air
3 sudu besar air pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

* Lapisan putih
3 sudu besar tepung beras
600 g santan pekat
1/2 sudu kecil garam

* Air gula melaka
2 keping gula melaka
250 mL air
1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara

  1. Campur bahan-bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau rata dan masak sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas.
  2. Masak lapisan putih pula sehingga pekat dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
  3. Masak gula melaka sehingga sekata dan tuang di atas lapisan putih. Siap untuk dimakan.

Sumber resepi: MyResipi.com

Pastikan lapisan hijau dan putih cukup masak dan pekat. Kalau tak masak nanti ada rasa tepung. Saya cadangkan juga supaya guna loyang atau bekas. Guna gelas ni cepat muak sebab lapisan putih dan hijau tebal sangat. Klik sini jika mahu belajar resepi kuih buah melaka.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

10 Comments

  1. rasanya 1st time aku dengar kuih lompat tikam ni. atau kat kedah diorg panggil dengan nama yang lain, aku pun tak pasti. tapi nampak gayanya macam belum pernah makan lg. apasal banyak je yang aku tak pernah makan ni adoi

  2. Kalau yang biasa dijual ada dihidang bersama pulut warna merah gitu.beli kat bazaar ramadan di kem batu 8,Kuching. Sedap juga. saya suka,tapi bila pegi ke bazaar ramadan di Mukah ingatkan dapatlah rasa yang sama oh….. sungguh kecewa. kalau ramai yang nak makan boleh cuba buat taoi kalau seorang……jawabnya beli aje.

  3. en. Amir, nama kuih nie pelik. i tak pernah dengar. nampak cam sedap. dgn warna hijaunya. memang cantik. nanti i pergi beli..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close