Sayur

Resepi Masak Lemak Taugeh Dan Tauhu

Resepi Masak Lemak dan Tauhu adalah salah satu hidangan makan tengahari yang sangat ringkas dan mudah disediakan malah lazat dan menjimatkan.

image

Bahan-bahan:
3 keping tauhu (dipotong 6)
300 gram taugeh (dibuang akar)
50 gram daun kucai
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
50 gram ikan bilis (ditumbuk)
300 ml santan pekat
300 ml air
Garam
Cili merah (dihiris)

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau , kemudian tambahknan air dan santan.
2.Masukkan tauhu dan biarkan ia mendidih , masukkan taugeh dan daun kucai dan cili merah.
3.Kacau seketika dan perasakn dengan garam dan tutp api supaya taugeh tidak melecur.
4.Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi ini sesuai dihidangkan bersama nasi panas , ikan goreng dan sambal belacan.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close