Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah sangat mudah disediakan dan enak dimakan untuk makan petang dan makan malam.

image

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ inci halia (ditumbuk)
2 ekor sotong (dipotong bulat)
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
Taugeh
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau , masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.

2.Masuk sos tomato , sos tiram , kicap pekat , air dan kacau sehingga mendidih.

3.Masukkan udang , sotong , kerang dan tunggu sehingga masak , kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati , kemudian masukkan sawi dan kacau lagi.

5.Kecilkan api dan masukkan taugeh , kemudian gaul mee hingga sebati (apabila semua perasa dah meresap dalam mee , tutupkan api).

6.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Kepekatan kuah mengikut citarasa , jika suka kuah yang pekat , sila kurangkan air dan begitu juga sebaliknya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.