Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan (4-5 orang)

500g mi kuning
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
4 biji telur
1 mangkuk taugeh
Tauhu goreng
Garam
Minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
3. Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
4. Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap kalau ada hirisan limau nipis/kasturi dan cili.

OM: Susah nak dapatkan warna mi goreng mamak ni sebijik macam kat kedai mamak. Saya ada tambah sedikit perwarna coklat (browning essence).

20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.