Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari ok?kali ini Chef ingin kongsikan cara-cara untuk memasak mee kari,nampak macam simple kan?tapi sebenarnya jika tersilap sedikit pasti rasanya amat menghampakan.Selain itu,jika kita makan di restoran kekadang harganya agak mahal tetapi rasanya tidaklah sesedap seperti yang kita masak.

Dengan satu paket mee kuning sahaja kita dapat menjamahnya bersama seisi keluarga.Disamping harganya yang murah,kita juga dapat memuaskan hati sendiri.

mee kari

Bahan-bahan:
Mee kuning 1 paket – dicelur.
Santan 1 kotak kecil (kalau santan segar lagi bagus).
Fish ball.
Tauhu faw.
Rempah kari 6sudu besar – dibancuh bersama air.
Gula melaka.
Kiub pati ayam 1.
Kerisik 4 sudu besar.
Serai 1 batang – diketuk.
Asam gelugor 2 keping.

Bahan Untuk Ditumis:
Kayu manis.
Cengkih.
Bunga lawang.
Buah pelaga.
Daun kari.
^agak-agak je semua yang diatas^

Bahan Untuk Dikisar:
Cili kering 17 tangkai.
Bawang merah 6 biji.
Bawang putih 4 biji.
Udang kering 3 sudu besar.
Belacan 1 inci.

Bahan-bahan Untuk Hiasan:
Udang – direbus sebentar.
Isi Ayam – direbus dan siat.
Kacang panjang – dicelur sekejap.
Telur rebus.
Taugeh – dicelur sekejap.

Cara-cara Menyediakan:
1)Panaskan minyak,masukkan bahan tumis,tumis sampai wangi kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai betul-betul pecah minyak.
2)Masukkan rempah kari.kacau sehingga 3 minit kemudian masukkan serai,asam gelugor,gula melaka, kiub dan kerisik.
3)Masukkan Air dalam 4 cawan biarkan sehingga mendidih,masukkan fish ball dan tauhu,serta santan kemudian masukkan garam secukup rasa.
4)Bila kuah dah masak kemudian curahkan ke atas mee dan taruk bahan hiasan.
5)Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Mee Kari lebih sedap jika ditabur sedikit bawang goreng dan lebihkan isi ayam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.