Resepi Pajeri Nenas

Bahan-bahan (4-5 orang)

1/2 biji nenas
10 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
1/4 inci kunyit hidup – dikisar
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
1 sudu besar kerisik
4 cawan santan
1/2 keping gula melaka
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Hiris nenas nipis-nipis. Celur sehingga agak layu dan kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Masukkan rempah gulai, rempah masak dan kerisik. Kacau sekata dan biarkan selama 6-7 minit.
  5. Masukkan santan dan gula melaka. Kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan nenas, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pekat.

Cara buat kerisik

  • Goreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak sehingga keperangan.
  • Tumbuk dalam lesung batu sehingga keluar minyak.

5 thoughts on “Resepi Pajeri Nenas”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.