Resepi Pari Bakar Berempah merupakan menu yang memerlukan kepakaran memasak kerana ikan pari salah satu spesis ikan yang sukar untuk dimasak tetapi sangat sedap apabila dimasak dengan baik.
Bahan-bahan :
2 ketul ikan pari (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
Bahan-bahan dikisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 batang bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu besar cili giling (boleh guna cili api juga)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air
Cara membuat:
1.Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau (masak seketika).
2.Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar , kemudian letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua bahan kisar yang ditumis tadi di atasnya.
3.Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit , kemudian balut dengan kemas.
4.Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
5.Bakar ikan sehingga masak.
P/s :Resepi Ikan Pari Berempah lebih sedap jika diperahkan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis semasa dihidangkan. Lebih sedap jika dihidangkan bersama sirap limau.