PastaResepi Sedap

Resepi Pasta Bakar

Bahan-bahan (5-6 orang)

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Garam dan lada hitam
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
1 biji telur

Cara-cara

  1. Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  5. Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  6. Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  7. Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

20 Comments

        1. Saya tak tau apa nama benda tu. Tapi biasanya orang2 kat kampung guna kotak hitam tu untuk bakar2 kuih. kalau yang tu boleh je guna nak bakar pasta.

  1. w00t, nampak senang! hehe, memang dah biasa masak spagetti senanye.. kiranya langkah tambah = letak telur + cheese je lah kan? hehe, bleh try nie..

    dah faveretkan page nie πŸ˜€

    1. haah. tambah telur dan cheese pastu bakar je. baked pasta ada banyak jenis. ada jugak yang guna sos bechamel instead of guna sos pasta.

  2. uhh..sy selalu buat makaroni..tp xpnh lgi tmbh telur ni…balik cuti sem nk buat~ psstt:: pndai masak..bertuah bakal zaujah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close