Kuih-MuihResepi Sedap

Resepi Popia Goreng Inti Ayam

Bahan-bahan (20 biji popia)

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
200 mg isi ayam
2 biji telur
Taugeh
Sayur campur
1 kiub pati ayam
3 sudu besar paste tom yam
Lada sulah
Garam secukup rasa
Kulit popia

Cara-cara

  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan telur. Gaul sehingga sekata.
  3. Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan sayur campur dan taugeh. Kacau hingga sekata.
  5. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai pelekat. Buat sehingga habis kulit popia.
  6. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close