Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan (5-6 orang)

5-6 ketul ayam
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
3-4 batang serai – dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
1 sudu besar gula Melaka
1 mangkuk santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
  4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Rempah gulai cap bunga rose ni rempah orang Terengganu. Mungkin kat negeri-negeri lain susah sikit nak jumpa. Jadi bolehlah ganti dengan serbuk kari.

43 thoughts on “Resepi Rendang Ayam”

  1. Assalam Amir….boleh auntie masuk? Waaaahh mantopss dapur dia…auntie masuk pun terkejut nih! X caya lak, Amir ke yg masak….hehehe. Tahniah laaa….rajin2 eh… Tgk gmbar2 pun dah terliur… ^__^

    Reply
    • Terima kasih auntie. Hari tu belajar masak dengan mak. 1st day raya, saya buat open house kat Adelaide. Masak rendang ayam, kuah kacang, kuah lodeh. 🙂

      Reply
  2. Esok nak masak wat buka.. Tp tak cukup bahanlah kat sini.. Bestnye kat Malaysia.. Kat Turkey ni cili kering n ayam je yg ada.. Halia pun susah nak cari.. Tq atas perkongsian..

    Reply
  3. Wah.. nampak gambar je dah menyelerakan.

    Belum makan lagi ni

    Satu yang buat saya sangat yakin resepi ni sedap sangat..

    1. Pakai gula melaka.. Manis dan lemak dia lain. Memang sedap

    2. Pakai kunyit hidup.. Memang cantik kuning dan aromanya bila di masak.

    Waahh~~

    Reply
  4. Pandai sey org yg msk rendang mcm ni….i suka skali lau rendang warna mcm ni…..lau yg hitam belegam…tk suka aarr….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.