Kuih-MuihResepi Sedap

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam

Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara (roti jala)

  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara (kari ayam)

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.

OM: Resepi daripada mak saya. Roti jala sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa. πŸ™‚

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

20 Comments

  1. suke makan roti jala cicah kari ayam ke daging..tp nk masak roti jala ats kuali tue xbape pandai sbb takut tebal atau nipis sgt..

    1. Masa nak letak atas kuali tu, tangan kena laju la. Dan jangan buat kat tempat yang sama. Kalau tak tebal la jadinya. πŸ™‚

        1. Adunan tu mungkin cair sangat atau mungkin pekat sangat. Bila kisar bahan2 ni, cuba adjust dgn air utk mencairkan atau dgn tepung untuk memekatkan.

  2. this roti jala recipe is amazing..most of the recipe i found,usely used coconut milk or cream milk.but plain water also taste great.i dont know bout u,but i use only 2 cups of wter .isnt 4 cups is a bit too much.? Also i strain the batter to give a more smooth texture πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close