IkanResepi Sedap

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Saya nak berkongsi satu resepi yang agak mudah untuk dicuba. Sebenarnya ini resepi pertama yang saya update di blog Dapur Malaysia, tapi saya update semula dengan gambar baru.

Bahan-bahan (5-6 orang)

200 gm ikan bilis
4 papan petai
6 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
4 sudu besar cili kisar
1 inci gula Melaka
Sedikit air
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Isi petai dibelah dua.
  2. Goreng ikan bilis sehingga rangup, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis seketika (3-4 minit).
  4. Masukkan sedikit air. Masukkan gula Melaka dan kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan petai dan ikan bilis, kacau sehingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Resepi ini saya pernah cuba ketika di Adelaide. Kat sana tak ada petai yang fresh, so saya guna petai dalam tin. Kalau nak cuba di rumah, cubalah cari petai yang fresh, lagi best rasanya. Selamat mencuba!

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

30 Comments

    1. @zihnun fatin, oooo.. masaklah kt gombak. beli petai.
      nak sedap beli udang.. tp gn ikan bilis pun sedap zihnun… hehe..

    1. patutnya IPTA kt malaysia bagi kebebasan kt pelajar.. nti belajar je, lps dah kerja x tau masak. spatutnya kt uni diberi kelonggaran sikit.. xde apelah bwk periuk nasi dsb, x terbakarnya rumah… kita bkn bdk2 kecik. hehe…

    1. @amalina aisyah, kt australia ada petai dlm tin. import dari malaysia jenama brand tu lah. Emm.. japan x strict kan psl bwk2 makanan, mcm US. kalo australia sgt2lah strictnya. X berani nk bwk2 makanan.

  1. This will get you traffic to your site and make money. The
    says of free proxies and tunnelling services are over, and
    as the Chinese government begins to tighten its grip on what comes
    in and out of the country informationally speaking, the need for a vpn to bypass internet censorship in China grows every
    day. It’s probably some mix of the two, so I have to give him
    props for not going too far in either direction.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close