Resepi SedapSeafood

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g udang
2 papan petai – dibuang kulit
10 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara

  1. Bersihkan dan buang janggut udang. Kalau nak buang kulit pun boleh juga.
  2. Masukkan 4 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, belacan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan udang dan petai. Kacau rata sehingga udang masak.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

12 Comments

  1. syg sekali aku tak makan petai. aku suka tgk org makan ulam tapi bila aku yang nak makan mmg takkan makan la. ada tip tak mcm mana nak bagi diri ni boleh makan sayur hehe

    1. Dulu aku tak suka makan petai. Tapi once aku cuba makan, sedap je. Aku ni memang suka makan sayur. Cuba telan je dulu sayur-sayur tu, biasakan dulu. Lama-lama ok la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close