Resepi Seafood 3 Rasa

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g seafood (sotong, udang, kerang, kupang)
1 ulas bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dihiris halus
5 biji cili padi – dicincang
4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang
Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis (optional)
2 sudu besar cuka
5 sudu besar sos Thai Maggi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
  4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Resepi asal ialah Sotong 3 Rasa oleh Kak Nor dan Kak Raihan.

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.