Resepi Solok Lada
Bahan-bahan
10 biji lada besar
10 ekor ikan selayang – direbus, diambil isi
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan gula
1/2 cawan santan cair
1/2 cawan kelapa parut + 1/2 cawan santan pekat
5 tangkai pucuk ubi (optional)
Cara-cara
- Lada dibelah di bahagian tengah dan dibuang biji.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan lada hitam.
- Gaul isi ikan dengan bahan yang ditumbuk, kelapa parut, santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ke dalam lada tadi.
- Susun pucuk ubi di dalam periuk (sebagai alas) dan susun solok lada di atasnya. Masukkan santan cair.
- Panaskan periuk dengan api yang sederhana besar dan masak selama 4-5 minit (tutup periuk semasa memasak).
erm..montel2 lada tuh..pandai masak mcm2 adek niza nih ek..