Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Cara-cara
- Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
- Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
- Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
- Siap untuk dihidangkan.
Spaghetti Aglio Olio ialah sejenis pasta tradisional Itali. Memang berminyak sikit tapi jangan risau. Minyak zaitun ni bagus untuk kesihatan. 🙂
OM: Masak dengan housemate, Asyaaf Kadir.
rasa nk tergelak..lepas publish resepi dekat blog br pasan..eh tersama lak ngan resepi kt sini..heee…
tp amernyer sedap lg heee
chilli flakes, origano flakes, parsley flakes tu mcm mana rupanya ek? x biasa la makan makanan barat ni. asyik duk makan ulam je.. 😀
Oregano & parsley flakes – daun oregano & parsley yg kering. dia halus2 je. ada kot kat supermarket.
Chili flakes – kalau susah nak jumpa, just blend cili kering hingga hampir halus. tapi jangan halus sangat.
Boleh tak kalau kita gantikatahu n nasi yg kita makan hari2 tu dgn spghti? Setahu saya nasi lagi tinggi kandungan gula..
Terima Kasih!!
wahh so tempting. tapi saya prefer bolognese, ini pon okey jugak. hihi
haha..jadi lapar balik aku pagi buta nih..
pe rasanya ek? biasa lau spagetti ni masak ala2 mee goreng je.. haha
Rasanya sedap! Hehe. Tak tau nak describe kesedapan spaghetti ni. Rasa pedas2 sikit.
Aku pun nak kena start belajar memasak ni..
Belajarlah, once dah biasa masak mesti rasa senang je nak masak benda2 lain.
salam amir..fuiyoooo x tahan tgk spagheti nih..terus terbang akak mai sini..nk tumpang mamam sepiring..hehe!!
sedapnya….akk suka spaget seafood… mesti cuba ni…
haha. bro, kalau aku biasa buat spaghetti makan ngan kuah soup cendawan jek, 😀
salam, rebus seafood tu nak letak ape-ape tak atau rebus dgn air je?
Aku nak try. Nanti aku report results kat ko. 😛
Cubalah buat Faten. 🙂
anda ni seorang chef ke?? anda kerja kt hotel @ restaurant mna yea??
wow macam sedap jer,,,anda seorang chef ke?
Tak. Saya student farmasi je.
TQVM, sy copy gambo dan resepi kt blog saya ya…shukran 🙂
saya suka mencuba resepi..emm..spagetti nie one of my peberet masakkan..but my hubby x suka makan..dia lebih suka kalau spagetti di goreng cam mee goreng tue..
Pembetulan – spagetti ni name dia bukan Aglio Olio
Aglio – Garlic @ Bawang putih
Olio – Oil @ Minyak (Minyak zaitun terbaik)
Nama resepi ni gamberetto al’aglio olio
Lebih tepat klu spagetti de “frutti di mare”
Tp presentation cantik. No offense
Saya tahu maksud aglio olio tu. Saya pun pernah tengok video kat youtube dulu sebelum masak spaghetti jenis ni. So salah ke? Btw, kawan saya yang suggest buat spaghetti ni sebab dia pernah makan kat satu restoran kat Kuching.
Terima kasih atas suggestion nama tu. Tapi “frutti di mare” macam lain je.
mmg lah masakan ni berasaskan bawang putih & byk guna olive oil…bahan2 lain tu ikut suka kita lah bubuh apa pun….asas sama….cara jer berbeza….kan En Amir…itu pun salah kan….hehehee
gamberetto = little shrimp, tapi tak sesuai nak di namakan resipi ni gambaretto al’aglio olia, lebih bermakna je kalau seafod aglio olio, sebab bukan sekadar shrimp je bahan dia :p
Sedap. Nak buat tp sekarang kat kolej. Susah nak dapatkan semua bahan.
Kena guna pati ayam ke?kat overseas takde pati ayam rase..camne ek
nk mintak copy masuk blog sy yer….nk cuba buat,tp xtau bila…hehehhe
Memang sedap.Kak Zilla pernah makan. Bila dpt tgk resepi, mestila cuba. TQ. keep up the good work(:
Salam.
Resipi sangat mudah dan ringkas. 1 keluarga kami suka. Terima kasih
assalamualaikum.. saya nak tanya lah.. kalau buat chili flakes guna cili kering, kena basuh chili kering tu dulu ke? mungkin ni soalan bodoh tapi saya risau pula kalau suami saya terkena keracunan makanan.. saya buat spaghetti dah tapi cili kering tu saya tak cuci dulu.. takut pula nak bagi dia makan..
alamak…..sedap nya… terliur…huhu
Tested and it was great ! … thanks for the recipe
Thanks atas resepinya..
Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..