Resepi Sedap

Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan

2 biji telur
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula

Cara-cara (inti ayam)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
  4. Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.

Cara-cara (telur bungkus)

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
  4. Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
  5. Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

10 Comments

  1. resepi telur bungkus saya untuk yang tak pandai masak, campurkan saja 2 biji telur dengan chili tuna ayam brand. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

    resepi ni pun nampak mudah juga. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close