Ayam Masak Merah adalah hidangan popular dalam masakan Melayu yang kaya dengan rasa pedas, manis, dan masam.
Resepi ini selalunya disediakan di majlis kenduri kahwin dan keraian yang lainnya kerana sangat digemari ramai.
Berikut adalah resepi Ayam Masak Merah yang mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
Bahan Utama:
- 1 ekor ayam (dipotong kepada 8-14 bahagian)
- Minyak masak secukupnya
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar gula merah (atau gula pasir)
- 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- 2 helai daun limau purut (dicarik-carik)
- 1 batang serai (diketuk)
Bahan Untuk Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 10 biji cili kering ( kurangkan jika tidak suka pedas)
- 1 inci halia
Cara Penyediaan :
1. Sediakan Ayam:
- Cuci bersih ayam yang telah dipotong. Toskan dan perasakan dengan sedikit garam serta kunyit.
- Goreng ayam dalam minyak panas hingga separuh masak (keemasan).
2. Menyediakan Sos:
- Kisar bawang besar, bawang putih, lada kering dan halia sehingga menjadi pes yang halus.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes yang telah dikisar tadi hingga wangi dan keemasan, lebih kurang 3-5 minit.
3. Masak Ayam:
- Setelah pes tumisan masak sepenuhnya , masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
- Kacau rata ayam dengan pes .
- Tambahkan sos tomato, gula merah, garam, dan daun limau purut dan masukkan sedikit air.
- Biarkan ia mendidih selama 10-15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuahnya sedikit pekat.
- Tambah perasa atau bahan lain sehingga puas hati.
5. Menghidang:
- Setelah ayam masak dengan sempurna dan kuahnya sebati, angkat dan hidangkan.
- Ayam masak merah boleh dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.
Tips:
- Anda boleh tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat, tetapi pastikan rasa kuahnya seimbang antara masin dan manis.
- Jika suka lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili merah atau cili padi dan sebaliknya.
- Ayam masak merah ini juga boleh disajikan dengan acar dan papadom untuk penambah selera.
- Daging dan udang juga boleh dimasak dengan menggunakan resepi ini.
Selamat mencuba resepi Ayam Masak Merah yang pasti enak dan menyelerakan!
Leave a Reply