Resepi Ayam Masak Merah

Hari ini saya ingin berkongsi resepi ayam masak merah. Resepi ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Menggunakan teknik gorengan awal untuk menyedapkan lagi rasa dan kelembutan ayam.

Bahan-bahan (4-5 orang)

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.

28 thoughts on “Resepi Ayam Masak Merah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.