Resepi Ketam Masak Cili Ala2 Chinese
Jom cuba resepi ketam masak cili ala chinese style dijamin sedap.
Bahan-bahan memasak:
5 ekor ketam bunga – dipotong empat
Bahan2 sos :
5 biji cili merah
3 sudu cili sos
4 sudu cili boh
5 sudu sos thai
5 sudu sos masam manis
5g halia
3 sudu madu
sebiji telur
Cara Membuat :
1.Kisar bahan2 sos
2.Panaskan minyak dan tumis bahan2 sos , halia dan madu sehingga masak dan berbau wangi
3.Ketam dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam serta masukkan ketam kedalam kuali untuk seketika
4.Perlahankan api dan masukkan telur lalu angkat apabila kuah memekat
P/S : Ketam masak cili ala2 cina lebih sedap jika ditabur bawang goreng dan daun bawang . ngap !