Resepi Daging Masak Lada Hitam

Resepi Daging Masak Lada Hitam sesuai untuk “sseorang” yang suka makan makanan pedas2 dan yang pastinya sangat lazat .
Daging-Sapi-Lada-Hitam
Bahan-bahan
500g daging – dihiris nipis dan direbus
6 biji bawang merah – dikisar
1 biji lada benggala
2 tangkai cili merah – dipotong kasar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam (boleh tambah kalu nak lagi pedas)
2 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan air
1 sudu besar stok ayam

Cara Membuat
1.Goreng daging yang direbus sehingga separuh masak dan toskan .
2.Tumiskan bawang merah , lada benggala sehingga naik bau lalu masukkan cili merah , sos tiram dan sos cili .
3.Kemudian , masukkan kicap pekat dan serbuk lada hitam .
4.Kacau seketika dan tambahkan stok ayam .
5.Akhir sekali , masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi pekat dan sedia untuk dinikmati .

P/s :Taburkan daun sup untuk aroma yang menyelerakan ..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.