Resepi Udang Bakar Berbeku
Resepi Udang Bakar Berbeku merupakan salah satu menu popular dari chef.Jom cube , pasti memikat hati anda , jika perasan pasti sukar untuk dijumpai dimana-mana kedai makan kan ? jika ada pon pasti kurang sedap . Lebih baik dibuat dengan menggunakan air tangan sendiri .
Bahan-Bahan :
600g udang harimau
280g keju
100g mentega
50g bawang putih (dicincang halus)
10g garam
10g serbuk perasa
20g gula
50g susu cair
Cara membuat
1.Belah dua udang harimau.Perapkan dengan bawang putih , garam , serbuk perasa dan gula.Biarkan kira2 15 min.
2.Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang diikuti dengan susu cair.
3.Susun udang atas dulang yang disapu mentega dan bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 min.
4.Sedia untuk dihidang.
P/s :Jangan bakar terlalu lama agar kemanisan udang tidak hilang.Boleh lebihkan keju untuk mereka yang sukakan keju.Hidangkan bersama jus oren untuk menaikkan selera anda.
Related Posts
Resepi Seafood Masak Merah Berempah
Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas
Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik
About Author
Chef Adam
Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan."Makan kerana ia menggembirakan"