Resepi Bebola Keju

Resepi Bebola Keju sangat mudah disediakan dangan menjadi kegemaran kanak-kanak dan dewasa kerana rasanya yang sedap dan berkeju.

image

Bahan-bahan:
700gm ubi kentang/keledek (rebus + garam dan lenyek)
280gm tepung gandum
Serbuk lada sulah
Keju cheddar (dipotong dadu)
3biji telur (dibancuh + garam)
Serbuk roti secukupnya
1 sudu kecil gula

Cara membuat:
1.Campurkan kentang dengan tepung gandum dan gula , gaul sebati , kemudian leperkan adunan dan masukkan keju cheddar.
2.Tutup bebola yang dimasukkan keju tadi dan bulatkan .
3.Celup dengan telur dan golekkan atas serbuk roti sampai adunan tertutup.
4.Goreng dengan api yang perlahan.

P/s:Resepi Bebola Keju ini akan lebih berkeju jik anda tambahkan keju lebih banyak (mengikut citarasa).Bebola keju seuai dihidangkan dengan kopi panas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.