Resepi Laksam
Resepi Laksam merupakan salah satu makanan tradisi semasa bulan puasa atau hari raya dan ianya sangat berlemak dan lazat , walaupun penyediaan laksam ini sukar tetapi ianya sangat berbaloi.
Bahan A
1 kg tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 sudu garam
1 sudu minyak masak
Air suam (untuk melembutkan aduanan)
Bahan B
1 kg ikan Selayang
2 biji kelapa (ambil santan)
Lada hitam (dikisar halus)
2 keping asam keping
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
Garam
Gula
Bahan C
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Kubis bulat
Daun kewangi
Ulam raja
Daun salon
(semuan bahan C dipotong kecil , jika tiada bahan , memadai timun , taugeh , kacang panjang dan kubis)
Bahan D
Cili kering (dikisar selepas direbus hingga mendidih)
Belacan (dipotong kecil)
Limau Kasturi (dibelah)
(campurkan dan gaul sebati , dijadikan sambal laksam)
Cara membuat:
Bahan A (kuet tiaw)
1.Masukkan Bahan A ke dalam bekas (pastikan adunan itu tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).
2.Kemudian ambil tudung periuk , sapukan minyak padanya dan letakkan adunan (pastikan adunan diratakan dan memenuhi permukaan tudung periuk).Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis (anggaran adunan untuk 1 tudung periuk kecil : 1 senduk kecil).
3.Apabila pengukus sudah mendidih, masukkan ke dalam pengukus selama 2 minit dan angkat apabila sudah masak (tanda adunan sudah masak apabila kelihatan sedikit menggelembung pada permukaannya).
4.Tunggu sehingga sejuk , gulungkan adunan dan potong bulat.
Bahan B (membuat kuah)
1.Masukkan ke semua Bahan B ke dalam periuk.
2.Kacau kuah tersebut sehingga mendidih (tambahkan sedikit air sekiranya perlu , bergantung pada kepekatan kuah .
3.Perlahankan nyalaan api dan boleh ditutup selepas menambah garam dan gula secukup rasa.
4.Masukkan mee beras kedalam mangkuk dan tuangkan kuah serta masukkan kesemua bahan C dan tambahkan bahan D untuk rasa pedas.
P/s:Resepi Laksam boleh juga dimakan dengan mee , kuey teow , spaghetti atau mi laksa bersama ulam-ulaman.