Resepi Karipap Cheese
Resepi Karipap Cheese merupakan inspirasi daripada resepi karipap kentang yang ditambah perasa istimewa untuk mempelbegaikan resepi karipap yang menjadi kuih kegemaran ramai.
Bahan-bahan:
Untuk kulit karipap:
225 gram tepung gandum
80 gram marjerin
70 ml air
Garam halus
Untuk Inti:
2 biji kentang (direbus dan dilecek halus)
Daun sup
Lada sulah
Mayonis
Susu cair
Sosej (direbus dan dipotong kecil)
Cheese cheddar (dipotong ikut citarasa)
Cara membuat:
Kulit karipap:
1.Satukan tepung dan margerin , kemudian gaul hingga sebati.
2.Air dan garam disatukan , kacau hingga garam larut dalam air.
3.Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (masukkan air sedikir demi sedikit).
Inti :
1.Kentang yang dilecek digaulkan bersama lada sulah , daun sup , mayonis , dan susu cair.
2.Masukkan susu cair sikit demi sikit dan tambahkan garam.
3.Masukkan sosej (sosej boleh digantikan dengan jejari ketam ataupun campur keduanya sekali untuk rasa yang lebih sedap).
4.Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti dan cheese secukupnya , tutup dan kelim ditepinya atau gunakan penekap karipap.
5.Goreng hingga karipap berwrna keemasan dan siap untuk dihidangkan.
P/s:Resepi Karipap Cheese sangat sesuai dimakan panas dan dihidangkan bersama kopi panas.