Resepi Breadstick
Resepi Breadstick sangat sesuai dihidangkan semasa minum petang dan sarapan pagi , sangat mudah disediakan dan dengan hanya kos yang rendah.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 cawan air suam
1 sudu kecil gula kastor
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Daun parsley (dicincang halus)
Cara membuat:
1.Campurkan gula dalam air suam , masukkan yis dan biarkan ia berbuih dalam masa 10-15 minit.
2.Satukan tepung , garam , susu dan minyak zaitun dan masukkan air yis yang sudah berbuih kedalam satu bekas dan uli sebati.
3.Selepas diuli , gelek doh leper dan besar segiempat mengikut saiz tray pembakar.
4.Sapukan tray dengan minyak zaitun dan letakkan doh yang telah digelek.
5.Potongkan doh dengan anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung menggunakan pisau.
6.Tutup dengan plastik wrapper dan perap selama 40 minit.
7.Panaskan oven pada suhu 180c selama 15 miniit , sapukan permukaan doh dengan topping kesukaan , taburkan parmesan cheese dan daun parsley.
8.Bakar selama 25 minit dan siap untuk dihidangkan.
P/s:Breadstick sesuai dimakan bersama sup cendawan dan susu.