Resepi Biskut Cornflakes Madu
Resepi Biskut Cornflakes Madu ok?sudah pastinya ramai rakyat Malaysia yang mengenali biskut ini malahan meliputi seluruh kaum.Biskut ini amat sedap kerana terdapat madu dan cornflakes didalamnya.Tetapi,hanya dapat dijumpai pada musim raya bagi kaum melayu islam sahaja.Jika adapun mungkin harganya sangat mahal berbanding kita buat sendiri.
Disini,Chef akan ajarkan beberapa cara untuk membuat Biskut Cornflakes Madu.
Bahan-Bahan:
Cornflakes 1 kotak
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau mixed fruit
hirisan badam
paper cup – secukupnya
Cara-cara membuat:
1.Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula,kacau sehingga sebati.
2.Dalam mangkuk,ramas kasar cornflakes supaya senang
dimasukkan ke dalam acuan kuih (tak ramas pun xpe).
3.Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes,kemudian kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
4.Sudukan ke dalam paper cup,hiaskan dengan ceri,mixed fruit dan hirisan badam.
5.Bakar selama 10-15 minit,dalam suhu 150 darjah celcius (jangan sampai hangus).
P/s:Resepi Cornflakes Madu ini lebih sedap jika anda menggunakan madu yang asli.Selain itu,kena selalu memerhatikan oven kerana takut biskut tersebut hangus.