Air Soda Herba Penyejuk Tekak Yang Bikin Ketagih.

Minuman bergas adalah salah satu minuman yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Namun kali ini , ianya disediakan dengan beberapa campuran bahan lain dan sehingga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap.

Air ini pernah menjadi viral pada satu ketika dahulu dan masih menjadi piihan ramai apabila tibanya bulan puasa.

Resipi Air Soda Herba Penyejuk Tekak

Bahan-bahan:

Aiskrim soda

1 tin Laici atau laici segar

Asam boi

Daun pudina

Lemon

Serai

Cara Penyediaan

1. Cuci bersih daun pudina dan serai. Kemudian ketuk serai menggunakan lesung.

2. Hiris lemon mengikut ketebalan yang disukai. Boleh perahkan juga sedikit jus lemon ke dalam jag.

3. Masukkan daun pudina dan serai yang sudah diketuk tadi. Kemudian masukkan juga asam boi, buah laici dan sedikit air batu.

4. Akhir sekali, masukkan air aiskrim soda sehingga penuh jag.

5. Kacau semua bahan. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum bersama keluarga tercinta.

Tip

  • Gunakan bahan -bahan yang segar agar airnya lebih segar dan memberikan khasiait kepada tubuh.
  • Jangan gunakan ais yang banyak kerana ia mampu mempengaruhi rasa air .
  • Untuk yang sukakan air yang lebih masam boleh perahkan lebih air lemon kedalam minuman.
  • Selain daripada lemon , boleh juga gunakan limau nipis dan limau kasturi mengikut selera masing – masing.

Salah satu menu air yang perlu dicuba dan rasailah keenakkannya yang tidak terkata terutama sekali kepada mereka yang sukakan air masam dan juga berherba.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *