Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips ok?Sudah pastinya anda semua amat minat akan kek red velvet terutama sekali kek yang dijual di Secret Recipe.

Tetapi,kali ini Chef ingin berkongsi cara untuk membuat Biskut Red Velvet dan bukannya kek.Sudah pastinya amat mengujakan anda semua bukan?kerana ianya amat sukar untuk didapati,jika adapun harganya pasti sangat mahal berbanding kita buat sendiri.

biskut red velvet

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum.
2 1/2 sudu besar serbuk koko.
1 sudu teh tepung jagung.
3/4 sudu teh baking powder.
1/2 cawan mentega yang dilembutkan.
1 cawan gula kastor.
1 sudu kecil vinegar atau cuka makan.
1 biji telur Gred A.
1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla.
1 1/2 sudu kecil pewarna merah.
3/4 cawan white chocolate chips.

Cara-cara membuat:

1.Ayak tepung gandum,serbuk koko,tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
2.Dengan menggunakan mixer,putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang.Anggaran dalam 3-4 minit sahaja.
4.Masukkan pula telur,esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul/kacau sehingga sebati.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip dan separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
6.Sudukan doh menggunakan ice ceram scoop di atas dulang yang dilapik dengan kertas minyak.Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
7.Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit.Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
8.Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit.Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
9.Angkat dan sejukkan biskut di atas dulang.Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas,tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
10.Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.

P/s:Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk (yang dalam peti ais).Selain itu,anda juga perlu menjaga Suhu supaya tidak terlalu panas dan akan membuat biskut tersebut hangus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.