Resepi Aiskrim Sumi
Resepi Aiskrim Sumi antara carian terhangat pada masa kni. Kiranya aiskrim popular 2016 la,kalau tak silap ia resepi yang dikongsi disebuah group masakan di Facebook iaitu Masak Apa Hari Ini .
Aiskrim sumi ni unik dan menarik sebab ada sumi di dalamnya. Nampak colourfull sangat
Bahan – bahan :
3 paket sumi.
1 tin susu cair.
1 tin susu pekat.
4 tin air.
secubit garam.
Cara-cara penyediaan :
1.Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk sehingga mendidih.Kemnudian,tutup api dan sejukkan sebentar.
2.Buka dan asingkan sumi di dalam bekas.Kalau nak hancurkan pun boleh.Chef hancurkan bagi nampak sedikit.Kalau nak tambah buah dalam tin atau nata de coco pun sedap.
3.Sudukan sumi ke dalam plastik aiskrim secukupnya.Nak lagi senang guna jag.Kemudian masukkan campuran susu tadi, ikat, goncang dan baringkan atas pinggan supaya sumi tadi serata.
4.Bekukan dan sedia dimakan.
P/s:Resepi Aiskrim Sumi amat digemari oleh kanak-kanak.Bagi yang berdiet tak sesuai, sebab manis dan tinggi kalori.Kalau mahu rasa boleh je sikit.Rasanya lebih kurang koktel.