Resepi Bendi Goreng
Resepi Bendi Goreng adalah resepi sayuran yang baik untuk kesihatan , mudah disediakan dan semestinya lazat dimakan.
Bahan-bahan:
10 batang bendi (dipotong serong)
2 biji cili besar merah (dipotong serong)
1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji barang putih (ditumbuk)
1 gengem ikan bilis (bersih dan toskan)
Sedikit kicap manis
Sedikit belacan
Garam
Minyak
Cara membuat:
1.Panaskan minyak , tumiskan bawang putih , bawang besar dan ikan bilis.
2.Gorengkan hingga kekuningan dan masukkan cili besar merah.
3.Masukkan bendi , belacan dan tambahkan garam secukup rasa.
4.Masukkan kicap dan kacau sebati.
5.Angkat setelah bendi berubah warna.
P/s:Potong bendi selepas dibasuh untuk mengelakkan bendi berlendir.