Resepi Nasi Daging
Resepi Nasi Daging sangat popular dan sangat disukai kerana cara penyediaan resepi yang mudah malah menjimatkan masa dan tenaga.
Bahan-bahan:
4 cawan beras
1 biji bawanng besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
Rempah kurma (setengah paket)
Rempah 4 sekawan (mengikut citarsa)
Daging (direbus empuk)
2 helai daun pandan
Minyak sapi
Cara membuat:
1.Basuh beras dan 2 helai daun pandan.
2.Tumiskan rempah 4 sekawan , bawang besar , bawang putih , halia dan rempah kurma.
3.Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
4.Gaul sebati dan tambahkan secawan air rebusan daging .
5.Tunggu hingga mendidih , masukkan beras ke dalam kuali dan gaulkan hingga sebati.
6.Masukkan campuran beras , bahan-bahan dan tomato kedalam periuk nasi elektrik dan masukkan daging yang telah direbus.
7.Masukkan air rebusan mengikut sukatan beras dan masak seketika.
8.Siap untuk dihidangkan.
P/s:Nasi Daging sedap dimakan bersama sambal air asam , telur rebus dan sup daging.