Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung pedas berapi tapi nak makan lagi. Resepi daripada Chef Adam.
Bahan-bahan :
300g nasi putih.
20 ekor ikan bilis.(dikisar)
4 ulas bawang putih.(dikisar)
2 biji bawang merah.(dikisar)
6 biji bcili padi – nak tambah cili pon boleh , ikut tahap kepedasan seseorang.(dikisar)
kangkung dipotong kecil.
Cara Membuat :
1.Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
2.Masukkan nasi dah menambahkan garam secukup rasa.
3.Masukkan kangkung dan goreng seketika.
4.Hidangkan dengan ikan bilis goreng dan bawang goreng.
P/S : Bahan yang dikisar itu lebih sedap jika ditumbuk dengan menggunakan lesung batu berbanding dikisar .