Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai merupakan salah satu masakan tempoyak yang sangat popular di negeri Pahang , resepi ini juga sangat mudah disediakan dan sedap dimakan .

image

Bahan-bahan:

200 gram ikan bilis
2 papan petai
20 biji cili padi (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
4 sudu besar tempoyak
Sehelai daun kunyit
Garam
Sedikit air

Cara membuat:
1.Goreng sebentar ikan bilis (jangan garing sangat) kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan pula cili kisar , kunyit hidup sehingga wangi dan masukkan tempoyak , gaul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan air dan selepas itu masukkan pula ikan bilis , petai dan garam secukup rasa.
4.Apabila masakan sudah mendidih , masukkan daun kunyit yang dihiris kasar dan siap untuk dihidang.

P/s:Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai sangat sesuai dimakan dengan nasi panas dan ulam-ulaman yang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.