Resepi Udang Goreng Assam

Resepi Udang Goreng Assam merupakan resipi tradisi bagi keturunan Baba Nyonya Melaka dan sangat popular di Negeri Melaka.Selain sangat mudah disediakan , resepi ini juga sangat sedap.

image

Bahan-bahan:
500 gram udang bersaiz besar
80 gram asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
Gula
Garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara membuat:

1.Perap udang dengan air asam jawa , gula dan garam secukup rasa selama setengah jam atau lebih.
2.Selepas itu , panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang tadi sehingga garing.
3.Angkat dan ketepikan.
4.Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja , tumis baki air asam jawa hingga mendidih dan pekat.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa , kacau hingga mendidih.
6.Tuangkan ke atas udang tadi.
7.Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi udang goreng assam sangat sedap dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak dan sambal belacan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.