Resepi Teh 3 Layer
Bahan-bahan (2 gelas)
3 ucang teh
3 keping gula melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ais
Cara-cara
- Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
- Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
- Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
- Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
- Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat 🙂
Tak pernah minum lagi Teh 3 Layer ni… 1st time tau kewujudan minuman ni pun kat page Oh! Media… Thanks bro utk resepi ni.. nanti aku try.. hehe =)
Aku pernah minum kat chicken rice shop. sedap. kat kedai mamak pun ada teh 3 layer ni. tapi Terengganu susah kot nak jumpa kedai mamak. hehe.
banyakkan la resipi2 minuman macam ni, susah nk cari resipi2 minuman.. 😀
InsyaAllah. Boleh je nak update. Tapi maybe sesetengah minuman tu agak senang la. Takpelah kan. Tak semua orang tahu buat. 🙂
p/s: saya perasan Azah pernah update pasal air katira. ingat nak cuba buat tapi kat Adelaide tak cukup bahan. 🙁
air katira resipi dari lecturer yg asal dari Jawa. huhu… bahan dia complicated sket.. blh try, tp rasa lebih kurang macam air bandung je. cuma ada buah katira yg buat jd special.
wah hebat !!!
camnelah tahap kesedapannya tu?
silap buat mesti manis kaw punya. nice theme hihi
waaa…ni yang kawan nak selama ni 🙂
ooo…camtu ke buatnye..boleh try nie…
alamak tersilap masuk blog petang2 puasa ni…sepatutnya masuk malam huhu….menggoda sgguh air tu……nanti nk try buat la…
bestnye…nyummy3=p
Kat sini boleh dapat gula melaka ke Amir? Palm sugar kan?
Haah palm sugar. Cuba la Thyaga. 🙂
pernah minum. memang sedap gak la. hehe..
Sedap ke air ni… sekali minum, pening terus.. haha….
mmg minuman favorite Lyn & Suami…Always.. ^^,
x jadi pun……………………. ish geramnyer
teh 3 layer ni asal dari kuching, sarawak.. lau g bandar kuching boley kata semua kedai makan ada sediakan.. mmg sedap..
salam…
tq ya …insyaallah akan cuba nnt.