Resepi Ayam Masak Merah Istimewa
Dua biji bunga lawang
Satu batang kulit kayu manis
4 sudu sos cili
60 ml santan segar (guna kotak pon boleh)
250 ml air masak
4 buah tomata
Garam dan gula
Bahan bahan untuk dikisar halus:
4 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 cm halia
18 tangkai cili kering dikisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang Holland
5 biji bawang putih
2 cm halia hiris kecil-kecil
Cara cara Penyediaan:
1. Tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata di dalam minyak panas tadi.
2. Selepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sehingga bau cili hilang.
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Elakkan goreng ayam terlalu masak kerana akan menyebabkan ayam menjadi agak liat. Kacau rata dan biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan air mengikut sejumlah yang disukai. Kalau suka pekat, pekatlah, kalau cari, lebihkanlah air. Lepas tu masukkan santan segar tadi.