Resepi Puding Kastard Berkuah
Resepi Puding Castard Fruit Cocktail sangat ringkas dan sedap sesuai disediakan untuk menyejukkan badan semasa musim panas.Confirm sedap =)
Bahan-bahan:
1 cawan tepung castard
5 cawan air
5 sudu besar gula pasir
70g agar2
Cara membuat:
1.Bancuh air , agar2, tepung kastard dan masukan gula.
2.Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat.
3.Tuang dalam acuan yang disukai.
4.Simpan dalam peti ais sebelum dimakan dengan kuahnya.
Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Cara menbuat:
1.Campur semua bahan2 di atas.
2.Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye ).
3.Sejukkan dan boleh dimakan
P/s :
Resepi Puding Kastard Berkuah sedap dimakan bersama fruit cocktail atau buahan-buahan lain dan sesuai dimakan sejuk . Jika terasa ngilu hidanglah bersama teh tarik .