Resepi Ayam Goreng Berempah Beriani
Ayam Goreng Berempah Beriani merupakan salah satu kepelbagaian menu yang terdapat di Malaysia.Resepi yang sangat mudah dan sedap untuk pelbagai jenis hidangan.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
Cara membuat:
1.Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
2.Sediakan minyak untuk goreng ayam , apabila sudah cukup panas , gorenglah ayam hingga masak keemasan.
P/s:Resepi Ayam Goreng Berempah Berempah Beriani bersama nasi putih atau apa-apa jenis masakan nasi