Resepi Ayam Goreng Pedas
Resepi Ayam Goreng Pedas merupakan resepi mudah dan sangat digemari ramai.Resepi ini diinspirasikan dari menu ayam pedas KFC yang sedang hangat di pasaran .
Bahan-bahan untuk perapan:
1 ekor ayam (dipotong kecil)
7 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar serbuk “secukup rasa”
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit air
Bahan-bahan untuk tepung :
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk thyme
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Cara membuat:
1. Perap ayam 1 – 2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam hingga sebati bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur , golekkan ayam dalam telur supaya senang tepung nak melekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul ayam bersama tepung salut sekali lagi.
5. Goreng ayam dalam periuk , biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas selama 15 minit sehingga masak (pastikan api dapur tidak terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak tersebut menjadi hitam dan ayam tidak masak sepenuhnya) dan siap untuk dihidangkan.
P/s : Resepi Ayam Goreng Pedas sangat sesuai dimkana bersama mayonis atau soso cili.
BAGAIMANA NAK JADI AHLI DAPUR MALAYSIA .