Resepi Nasi Mandi
Resepi Nasi Mandi merupakan nasi berwarna yang sangat disukai ramai dan mendapat sambutan tidak kira waktu.Walaupun sukar untuk disediakan tetapi sangat berbaloi kerana rasa dan keenakkannya.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam (dibelah 2 dan di cuci bersih)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa (kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji lemon (dihiris bulat)
Garam
Sedikit pewarna kuning / saffron
Aluminium foil
Cara membuat ayam:
1.Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah , garam dan pewarna kuning lalu perapkan dalam 15 minit.
2.Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil , kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3.Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut dan tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’c selama 1jam (pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas).
~Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit , buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
(kuah dari ayam tadi , saya campurkan dengan saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi)
Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi (rendam 20 minit dan toskan)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1/3 cwn kismis
Rempah tumis (1 batang kayu manis , 1 kuntum bunga lawang , 3 biji buah pelaga , 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara membuat Nasi:
1.Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu , kemudian masukkan kismis , goreng sebentar dan masukkan pula air , biarkan hingga mendidih.
2.Bila mendidih , padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker , kemudian masukkan beras , garam secukup rasa , kacau rata dan masak seperti biasa.
3.Bila nasi kering , buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil.
4.Kemudian masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
5.Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
6.Titiskan 2-3 titik pewarna kuning , kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato (dihiris)
5 biji cili besar hijau (dihiris)
1 tangkai batang ketumbar (dihiris halus)
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
1.Kisar semua bahan dengan perahan air lemon , sekejap sahaja (jangan sampai terlalu hancur).
P/s:Resepi Nasi Mandi boleh dimakan bersama hirisan timun , tomato serta ulam-ulaman kampung.