Resepi Apam Balik
Resepi Apam Balik yang sangat sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan petang malah sangat disukai ramai kerana keenakkannya yang lazat dan berkrim.
Bahan-bahan:
1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 biji telur
Jagung krim
Kacang tanah (ditumbuk halus)
Sedikit minyak / butter
Cara membuat:
1.Kisar telur dan gula hingga kembang.
2.Tambahkan air dan kisar lagi.
3.Masukkan tepung , baking soda , baking powder dan kisar hingga sebati.
4.Panaskan kuali non stick dan sapukan sedikit minyak / butter pada permukaan kuali.
5.Ambil sesenduk kecil adunan tadi dan tuangkan ke dalam kuali dan goyangkan kuali untuk menipiskan adunan .
6.Taburka kacang , gula dan jagung krim.
7.Masak hingga keperangan dan siap.
P/s:Ketebalan apam balik boleh disediakan mengikut citarasa anda samada apam balik nipis atau tebal.