Resepi Ayam Percik
Resepi Ayam Percik merupakan resepi mudah dan amat meyelerakan .Sesuai disediakan untuk bersantai dan berbeku di pantai.
Bahan-bahan:
1kg ayam – dipotong kecil
15 biji cili kering (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2sm halia (dikisar)
2sm kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1.Kuah ayam percik disediakan dengan mencampurkan santan bersama bahan yang dikisar dan masak di atas api sederhana.
2.Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat dan ketepikan.
3.Celupkan ayam didalam kuah percik dan panggang hingga masak dan ketika proses memanggang ayam , pastikan disapukan
berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.
P/s:Resepi Ayam Percik ini sangat sesuai dimakan dengan nasi panas dan dimakan begitu sahaja.Lebih sedap jika dicicah bersama kuah ayam percik tersebut.