Resepi Ayam Percik
Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
Cara-cara
- Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
- Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
- Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
- Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
Last aku makan ayam percik nih ( x silap aku) time ramadhan 2 tahun lepas.. hehe kt sini x famous kot.. 🙂
lama dah tak makan percik.terjumpa pula resepi disini.
kena la cuba ni.
alamak..meleleh air liur nii….
Sedap..dan enak
emmm..yum..yum…nampak sedapjer…nak try la..tq syer resepi..
huh sedap ayam di atas..nyum3.
ya Allah..
lapa plak tngok ayam ni 🙂
perghh hahaha macam ni rupanya ayam percik.. apesal beli kat bazar Ramadhan macam lain je
Kat pasar malam biasanya kuah sikit kan? nampak ayam tu dibakar.
Btw, ni ayam percik versi Terengganu. kalau versi Kelantan kaler putih kekuningan.
dulu masa blaja, suka ayam percik, nak2 time puasa.. tapi skg susah nak cari yg sedap..
pasni leh la makan, sbb buat sendiri..mesti sedap ni
Masak sendiri ikut citarasa sendiri. 🙂
wahh..sah aku lapar ni..
aku sudah cuba resepi ini memang sedap tapi kurang sikit rasanya sebab aku tak letak halba…..
Percik kena ada halba baru sedap. Kurang sedap kalau tak letak halba.
ayam percik atau ikan percik ori terengganu memang letak halba.ini memang ori trg spt yang mak saya masak juga.selalu tengok resepi tulis percik trengganu,tapi bahan2 lain drp yang orang trg buat.
Mak saya memang orang Terengganu. so saya rasa ni memang resepi percik terengganu. 🙂
halba 2 ape ek?:P
Halba ni saiznya kecik2, warna coklat. Cuba google image.
jarang makan ayam percik neyh sbb kat luar mahal plus tulang je..
Dh try wat. Mmg sedap ler cam mkn kt restoran nasi kerabu di gombak. Bhn2nya mmg cukup rasa. Tq for share d recipe!
Terima kasih kerana mencuba. 🙂
lagi menu tuk mlm ni 🙂
Ambo suko ayam percik 🙂
Puasa ni tengok ayam percik betul2 menguji keimanan
ayam tu klau goreng boleh x yek? jd x gaknye ayam percik…
wow enak nian oy
sexbxhxhcjb bjxiz
sedapnyeeee. nak try la nnt.
Peerr meleleh nk try buat