Resepi Kerabu Seafood
Bahan-bahan (1 pinggan)
300g seafood (sotong, udang, kupang, kerang)
1 biji tomato – dibuang biji dan dipotong memanjang
1 batang lobak merah – dihiris memanjang
2 ulas bawang merah – dihiris halus
5-7 biji cili padi – dihiris
Daun sup dan daun ketumbar – dihiris halus
5 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
Hirisan mangga (optional)
Cara-cara
- Celur sotong dan udang. Kemudian toskan.
- Gaul semua bahan sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
- Siap untuk dihidangkan
Resepi asal oleh Kak Nor (Secubit Garam). Kalau nak guna isi ikan, perap isi ikan dengan tepung jagung dan bilas dengan air sebelum dicelur – untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.
sedap! syabas amir sebab entri hg selalu buat aku terliur dan nak jadi chef — baru2 ni tgk tv1 pasal chef wanita (gaji diorg RM28k) caiyok!
Wah kayanya jadi chef! 😀
@Amir Said, tu gaji master chef sebenarnya hehe. dia ada “pangkat” jugak nak jadi chef ni
bioleh cuba bulan pose ni..nyum2
nampak sedap…adelaide start puasa bila amir?
Sama macam Malaysia rasanya. Hari Isnin.
salam amir.. eh dah buat kerabu seafood ya.. tak perasan pulak.. mekasih sudi cuba ya.. 🙂
Terima kasih jugak untuk resepi tu Kak Nor. 🙂
pehh..kerabu seafood tu..lapar aku dibuatanya nih..
eeeeee….nmpk sedap leh lh mlm nie msk……..hehehehe,sy suke tgk mskan nie, menarik