DessertResepi Sedap

Resepi Puding Tembikai

Bahan-bahan

1 paket serbuk agar-agar 15mg
2 keping roti
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cincau yang dipotong kecil
Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara

  1. Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula.
  2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata.
  3. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan blend dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
  4. Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  5. Masukkan adunan plain (tanpa pewarna) ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  6. Kemudian, masukkan adunan merah ke dalam loyang. Taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Bekukan di dalam peti sejuk.

Resepi asal oleh Kak Niezza dan Kak Ita.

First time buat puding ni. Nama je puding tembikai tapi tak guna buah tembikai pun. Rupanya je macam tembikai. Kalau ada acuan macam Kak Ita guna lagi bagus, lagi cantik hasilnya. Kalau guna sandwich punya packaging pun cantik juga.

Untuk puding tembikai ni, nasihat saya cuba rasa dulu sama ada cukup manis ataupun tak. Resepi asal 1 1/2 cawan gula.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

29 Comments

  1. dah lma sy cari resepi ni …br hr ni jumpa…npk x susah sgt tp hairan cam ne blh jd cam tbkai coz kl guna loyang bulat…lapisan jadi ok tp yg x ok time potong ada masalah kot…cam ne nak potong bg menampakkan rupa sama bg 1 loyang…adakah kta hanya dpt potong separuh aje utk rupa sama n balance dia x sama….blh tlg jelaskan….tq.

    1. Kalau guna loyang bulat, susah sikit nak dapat bentuk macam tembikai. Kena potong sendiri. Tak pun cuba guna ‘sandwich plastic packaging’. boleh google image kalau tak pasti.

    1. Masukkan sikit je pewarna, maybe dalam 1/2 atau 1 sudu kecil. Bekukan sekejap dalam 2-3 minit supaya lapisan puding merah, putih dan hijau tak bercampur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close