Resepi Sotong Bakar Percik
Resepi Sotong Bakar Percik ok? Sebanyak 60% rakyat Malaysia amat menyukai sotong bakar percik kerana rasanya yang pekat,manis dan pedas. Oleh itu, Chef ingin mengambil kesempatan untuk mengajar anda semua cara-cara untuk membuat sotong bakar percik.
Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong.
serbuk kunyit.
garam halus.
Bahan Percik:
2 batang serai – Diketuk/Kisar.
^10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus).
^sedikit belacan.
^1 labu bawang besar.
^2 – 3 inci kunyit hidup.
^1 cawan santan cair.
^1 sudu kecil jintan manis.
^8 tangkai cili padi.
jus asam jawa/asam keping.
1/2 cawan pati santan (kalau boleh santan segar).
garam dan gula secukup rasa.
1 helai daun kunyit.
Cara Buat Bahan-bahan:
1.Kisar semua bahan yang bertanda (^). Kemudian masukkan kedalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
2.Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
3.Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara-cara membuat:
1.Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
2.Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit kemudian bakar sehingga masak.
3.Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi curahkan diatas sotong kemudian balikkan sampai percik agak garing.
4.Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.
5.Sedia untuk dihidangkan.
P/s:Resepi Sotong Bakar ini sedap dimakan ketika panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.